hati-->>kpda lelaki..

Author: iyda /

aku baru lepas melantak tea o ais.amat dahaga..
perut dah sedap. mood dah ada. aku pun terasa macam nak menulis.
mungkin mengenai cinta.
soalan yang selalu aku terima



1. weh iyda, sapa bf hang la?
(macam aku selalu tukar bf)

2. weh iyda, hang bila nak ada bf tak tau?
(macam aku tak penah ada bf?)

3. weh iyda, hang COUPLE tak habaq kat aku!
(kalau ada bf aku habaq kat hampa. sumpah tak muhung)

okeh, merujuk soalan-soalan di atas, aku nak nyatakan di sini asal aku tak ada boyfriend sekarang.
aku tak dapat recall sapa ex aku yang aku gila serious dalam soal cinta cinta ni selain z. tapi kawan-kawan aku cakap tu cinta monyet. tapi aku rasa tak!
sekarang aku ada masalah LOVE PHOBIA, dimana aku rasa diri aku sangat insecure untuk bercinta. atas beberapa sebab. aku selalu tak yakin, malah tak percaya langsung dengan kata-kata yang keluar dari mulut laki.
bukan sebab aku pernah kena tipu ke apa. cuma, ermmm. INSECURE

senagai contoh

situasi 1

X: u, i dah lama suka u.
aku: haram, hang tak dak reja lain ka selain ayat pumpuan?(dalam hati)
aku: eh eh? hehehe. tersipu sipu.(realiti)


situasi 2

X: u, i suka kat u dah lama. u tak nampak ke?
aku: aku tengok kat fb hang kawan ada 300 orng.259 tu semua pumpuan.hang gatai!(dalam hati)
aku: i pun suka kawan dengan u. *safe answer untuk elak si jejaka pergi lebih jauh! (realiti)

situasi 3 (melalui SMS)

X: u u u, i miss you
aku: aku tengok FB hang semua pumpuan hang rindu! dasar gatai(dalam hati)
aku: oh yea? well, i miss you too dude! (realiti)

situasi 4 (melalui SMS)
X: iyda, i suka u. will u be mine?
aku: alah! hang nak mintak kapel kot fon hang p lamar orang pekak lah, make sure orang pekak yang tak buta!(dalam hati)
aku: kite kawan dulu je ok? i tak ready nak ada bf * safe answer lagi. (realiti)



contoh situasi-situasi di atas dah berpuluh-puluh kali jadi kat aku.


kes macam ni dah banyak kali jadi kat aku. bila aku jawab soalah ni terasa diri hipokrit. kadang aku kesian kat hati aku. sebab dah lama hati aku tak di belai laki! dah nama perempuan,. mestilah ada naluri kat laki. ,melainkan kau lesbian!

baru-baru ni ada 1 kes jadi kat aku.

situasi: dalam kereta.
ada seorang jejaka confess dia suka aku depan muka. aku dah gelabah serupa aku bawak kereta langgar lari.
aku elak dan elak. yes! terlepas. lega. aku tak suka bila orang persoal tentang cinta dah perasaan. benda macam ni mana da orang boleh paksa.

lagi satu penyakit tanpa ubat aku alami adalah. aku kuat cemburu+ negative minded.
hati aku suka fikir bukan -bukan terhadap seseorang.

contoh.

X: i nak keluar dengan kawan i. i janji i tak hisap rokok(kes lelaki baru nak stop smoke)
aku: kau mesti hisap rokok jugak nanti. aku tahu(negative mind aku berkata)

tak kira betul atau tak laki tu hisap rokok ke tak, aku tetap buat judgement aku sendiri yang dia hisap rokok.
p/s:aku tak bangga dengan negative minded yang aku ada.

lagi 1. aku cepat rasa annoy dan boring bila lelaki tu seorang yang bersikap SUKA MENGONGKONG, PENGOTOR, dan LELAKI YANG BERCAKAP DENGAN PEREMPUAN MACAM MATA PEREMPUAN TERSEBUT BERADA DI DADA.

aku tak suka mereka-mereka tu. nanti buat aku rasa meyampah!

aku tak suka laki yang marah bila aku takreply msg atau tak angkat dia call.
kalau tak suka, boleh angkat kaki dan blah!

aku juga tak suka laki yang hisap rokok depan perempuan dan aku terpaksa jadi secondary smoker. INI AKU TAK SUKA!

aku tak suka laki yang suka melayan ramai perempuan

aku tak suka bila laki cakap, hari ni you belanja i ok! that's the BIGGEST turn off. aku pemurah! so, aku akan belanja orang bila aku suka. tak payah minta minta!

aku suka lelaki yang warm,smart, kalau boleh terkeluar dari kategori lelaki2 di atas,lelaki yang concern pasal aku,dan lelaki yang tak ambik kesempatan! tu paling penting.
persoalannya ialah, kenapa aku tak ada boyfriend lagi?
aku Takut!
aku takut orang main-mainkan perasan aku
aku takut aku terlampau obses dengan cinta
aku takut aku ikot gaya hidup orang amerika
aku takut bf aku cari perempuan lain
aku takut aku lupa kawan-kawan kalau aku ada bf
aku takut kalau bf aku tu ganas! boleh sampai pukul aku

banyak lagi aku takut sebenarnya! tapi aku dah malas nak tulis! comfirm-comfirm kena bahan sebab aku tulis entri ni.

LANTAK!


p/s: sory tadi sempat cakap thanks je. sapa suruh bawak kawan selori? HAHA

0 comments:

Post a Comment